PENDAHULUAN
ISU BAHASA ROJAK
Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Melaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.
Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempak dan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)
* Kau memang terror la!
* Tempat makan ni best sangat!
* Tempat makan ni best sangat!
Bahasa Rojak (Bahasa Cina campur bahasa Inggeris)
* Can meh? That one can like that meh? – Boleh berbuat begitukah?
* Tonight ar we’all go KLCC, after that we’all can go Cheong Kor (singing) mah. – Malam ini kita semua pergi ke KLCC dan kemudiannya kita semua pergi menyanyi.
* Tonight ar we’all go KLCC, after that we’all can go Cheong Kor (singing) mah. – Malam ini kita semua pergi ke KLCC dan kemudiannya kita semua pergi menyanyi.
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina campur bahasa Inggeris)
* Eh boss cakap ar, after makan ah, we’all go mabuk, want or not, once in a while only mah, taikah happy mah, ok. – Pengurus! Selepas makan kita semua pergi minum arak beramai-ramai mahukah? Sekali-sekala sahaja untuk bergembira!
SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Kontroversi penggunaan
Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik berkontroversi oleh kerana penjaga-penjaga bahasa menuduh ia sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Mereka bimbang bahawa siswa-siswi akan kekurangkan kemahiran menulis dan bertutur sekiranya amalan ini terus berlaku. Satu cadangan untuk membendung gejala ini adalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu tulen dalam satu ayat tanpa campuran bahasa lain. Akan tetapi untuk pelajar-pelajar sekolah luar bandar satu-satunya cara untuk melatih kemahiran berbahasa Inggeris mereka adalah untuk menggunakan bahasa itu dalam perbualan seharian. Dengan diri mereka sendiri yang tidak punyai kemahiran dalam bahasa Inggeris, ia sekaligus memberikan pendengar mereka satu gambaran Bahasa Rojak. Ini juga merupakan satu fenomena yang sedang merebak ke bandar.
“Jangan lupa diri” sering didengar di kawasan bandar dan luar bandar Malaysia. Ini merupakan satu frasa yang menyatakan bahawa seseorang itu harus ingat akan asal-usul diri mereka dan nenek moyang mereka, sekalipun ia bersifat perkauman. Pada tahun 2002 Tun Dr. Mahathir mencadangkan bahawa bahasa Inggeris digunakan sebagai ‘satu alat’ untuk menimbang ilmu dalam bidang-bidang sains dan matematik, sebagai pendidikan di Malaysia.
Pendatang penjajah Empat bahasa di papan tanda rawak di Malaysia
Pihak British telah membawa masuk sejumlah besar pendatang dari China dan India sekitar 1700-an ke pertengahan 1900-an. Penduduk Melayu asal, Orang Asli, Baba Nyonya, penduduk Portugis, lain-lain bersama dengan penduduk Cina dan India yang baru mewujudkan penggunaan pelbagai bahasa yang meluas.
KESAN-KESAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
Sedasawarsa ini
sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia disegenap empat penjuru dunia tentang penggunaan bahasa rojak. Amalan
bahasa rojak bermakna tabiat suka mencampur-adukkan perkataan
bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat
sehingga mencemari martabat bahasa Melayu. Lebih memberatkan lagi ialah gejala
ini menular dengan begitu meluas dalam kalangan golongan berpendidikan
tinggi yang menjadi pemimpin masyarakat. Tuntasnya, kesan–kesan yang
timbul akibat daripada penggunaan bahasa rojak perlu dikenal pasti supaya langkah–langkah yang pragmatik dapat diambil untuk mengatasinya. Seperti yang telah dikatakan penggunaan bahasa rojak akan mencemari martabat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak telah memberi gambaran wujud keadaan kebahasaan yang tidak stabil dalam masyarakat. Keadaan ini berlaku akibat daripada kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai serta ciri unggul bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Lama-kelamaan beberapa ciri bahasa Melayu akan pupus dan digantikan dengan beberapa ciri bahasa Inggeris. Lantaran itu, bahasa rojak akan menjadi bahasa ibunda orang Melayu sekiranya gejala ini terus terjadi.
PUNCA - PUNCA BAHASA ROJAK
Sikap
kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat
berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa
tersebut akan lenyap ditelan zaman.
Sikap
rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk
negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung
di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris
bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa
Inggeris hanyalah merupakan lingua franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling
utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai
‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan.
Kurangnya
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian
kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa
ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa
asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri
bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin.
Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap
masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan
mengabaikan bahasa kebangsaannya.
Faktor
emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang
sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan
gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa
rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang
internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan
ini.
Penggunaan
bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan
media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk
menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak
sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit
sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam
kehidupan seharian.
Sikap
penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin
menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur
bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran
terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka
akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar
bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran.
KEBURUKAN BAHASA ROJAK
BAHASA ‘ROJAK’ MENGHAKIS KEKUATAN BAHASA KEBANGSAAN
Menurut Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, penggunaan Bahasa
Melayu “rojak” yang berleluasa dalam kalangan masyarakat adalah satu kes
kehilangan bahasa, yang mana jika tidak dibendung akan beransur-ansur menghakis
kekuatan bahasa itu sendiri.
BAHASA ROJAK PEROSAK BAHASA KEBANGSAAN
Mantan Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehilangan
bahasa boleh berlaku pada tahap masyarakat umum, apabila sejumlah besarnya
tidak fasih lagi menggunakan bahasa ibunda atau bahasa etnik mereka sepenuhnya,
sama ada secara lisan atau tulisan.
“Dengan
adanya kecanggihan alat media dan komunikasi seperti siaran radio, televisyen,
internet, khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial seperti Facebook dan
Twitter, sering kali ejaan dan sebutan tidak digunakan dengan betul.
“Penggunaan
Bahasa Melayu yang betul dilihat semakin dipinggirkan dalam mengharungi dunia
globalisasi. Ini merupakan satu petanda yang amat buruk bahawa bangsa berkenaan
sedang mengalami kehilangan bahasa,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan
Bulan Bahasa Kebangsaan 2012, di Stadium Tertutup Nilai di sini, Rabu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran
berkata, masyarakat perlu berhenti daripada berasa malu menggunakan bahasa
kebangsaan dan menggunakannya dengan rasa bangga dalam kehidupan seharian
seperti sewaktu menghadiri persidangan, mesyuarat, menulis laporan atau berbual
dengan rakan sekerja.
Katanya,
setelah negara merdeka sejak 55 tahun lalu, tidak ada alasan untuk masyarakat
untuk tidak memahami bahasa kebangsaan, sehinggakan terpaksa menggunakan Bahasa
Inggeris terutama dalam majlis-majlis yang dianjurkan.
“Bukanlah
bermakna Bahasa Inggeris tidak penting, tetapi jika kita tidak menggunakan
bahasa kebangsaan, bermakna kita tidak memartabatkan bahasa kita. Sekiranya
kita tidak memartabatkan bahasa kita, masakan orang lain akan melakukannya,”
katanya.
Katanya, selain memartabatkannya di peringkat negara, kerajaan sentiasa menyokong penggunaan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa demi menjayakan matlamat Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Muhyiddin berkata, martabat bahasa Melayu
di institusi pengajian tinggi sebenarnya menunjukkan kemampuan dan
keberkesanannya di mana bahasa kebangsaan itu diajar dan diteliti di lebih 100
buah universiti di Eropah, Australia, New Zealand dan Amerika Utara selain
rantau Asia Tenggara.
“Setakat
ini empat Kursi Pengajian Melayu telah ditubuhkan oleh kerajaan iaitu di
Leiden, Wellington, Beijing dan Seoul untuk mengangkat martabat bahasa Melayu
di peringkat antarabangsa,” katanya.
Katanya,
semua pihak termasuk IPT, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institusi Terjemahan dan
Buku Malaysia, badan-badan bukan kerajaan dapat membantu kerajaan dalam
membuktikan kemampuan bahasa kebangsaan agar menjadi saluran kemajuan negara.
Katanya,
antara gerakan besar yang mesti diusahakan termasuklah melengkapkan khazanah
ilmu dalam bahasa kebangsaan iaitu untuk menyaksikan nisbah 0.01 peratus jumlah
penerbitan buku setahun berbanding dengan jumlah rakyat.
“Ini
bererti bahawa negara memerlukan 28,000 judul buku setahun tetapi pada ketika
ini ia masih jauh dari sasaran. Pada tahun 2011, kita hanya menerbitkan sekitar
17,000 judul buku,” katanya.
Katanya,
selain itu, bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa urusan
rasmi, Program Audit Bahasa di jabatan dan agensi kerajaan yang akan dimulakan
tahun depan akan menggunakan kaedah penarafan bintang.
Muhyiddin berkata program itu adalah bagi
memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, digunakan sepenuhnya dalam
semua urusan rasmi negara.
Katanya,
selain sektor awam, sektor swasta juga wajar mengutamakan penggunaan bahasa
kebangsaan dalam urusan perniagaan dan pengurusan khususnya yang melibatkan
masyarakat.
Bulan
Bahasa Kebangsaan 2012 yang bertemakan “1Bahasa 1Bangsa 1Negara” merupakan
kegiatan utama Dewan Bahasa dan Pustaka yang berobjektif untuk memantap,
memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia, menguat rasa
megah terhadap bahasa kebangsaan selain mengerat perpaduan bangsa melalui
bahasa kebangsaan.
Turut
hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan
Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka Dr Awang Sariyan. – BERNAMA
KEBAIKAN BAHASA ROJAK
Antara kebaikan lain bahasa rojak ialah:
- Bahasa rojak juga merupakan sesuatu yang boleh dianggap seni dan menyerlahkan lagi "kebolehan" rakyat Malaysia. (Kreatif)
- Bahasa rojak juga boleh menjadi medan mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat di sesuatu negara contohnya di Jerman. (sumber: Jia Jin Foomelalui artikel"Bahasa rojak is part of Malaysian identity",2010)
KESIMPULAN
Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia. Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain. Selain itu, ibu bapa
perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat
penggunaannya kerana "mencegah lebih baik daripada mengubati". Seterusnya, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak
hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan
aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat
supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan
teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam
kehidupan bermasyarakat di
Malaysia. Sektor awam juga turut
memainkan peranan penting untuk meningkatkan martabat bahasa kebangsaan
daripada terus dicemari dengan penggunaan bahasa rojak.
Semua rakyat perlu sedar dan peka akan
perubahan dan masalah yang timbul agar episod lama tidak berulang. Jasa
pemimpin terdahulu yang ingin memartabatkan bahasa Malaysia menjadi bahasa r semua
rakyat perlu sedar dan peka akan perubahan dan masalah yang timbul agar episod
lama tidak berulang. Jasa pemimpin terdahulu yang ingin memartabatkan bahasa
Malaysia menjadi bahasa rasmi negara perlu dibalas setimpal seperti kata
peribahasa madu yang diberi jangan pula dibalas dengan tuba. Hal ini kerana
tidak mustahil masalah penggunaan bahasa rojak yang menjadi salah satu
pencemaran bahasa akan dapat ditangani dengan adanya kerjasama semua pihak.
Martabat bahasa Melayu yang pernah menjadi bahasa “lingua franca” ini tidak
mustahil untuk menjadi realiti sekali gus menjadi bahasa penting dunia. Kita
haruslah merenungi kata-kata hikmat “Bahasa mencerminkan bangsa dan bangsa pula
mencerminkan negara” yang mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam ini. Tidak mustahil masalah penggunaan
bahasa rojak yang menjadi salah satu pencemaran bahasa akan dapat ditangani
dengan adanya kerjasama semua pihak. Martabat bahasa Melayu yang pernah menjadi
bahasa “lingua franca” ini tidak mustahil untuk menjadi realiti sekali gus
menjadi bahasa penting dunia.
Kedaulatan bahasa Melayu
akan tercemar ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali
sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat
membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaanya semakin
meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai
estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita.
RUJUKAN
1) Wikipedia- https://en.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Rojak
2) Blog
- http://kumpulan5bahasarojak.blogspot.my/
- http://keligit97lense.blogspot.my/2013/04/cara-mengatasi-penggunaan-bahasa-rojak.html
- http://zmanja-sweetsmiles.blogspot.my/2012/07/bahasa-rojak-dlm-penulisa-karangan.html
3) Akhbar Online
- http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bahasa-melayu-bahasa-rojak-1.356380
- https://m.utusan.com.my/rencana/bahasa-rojak-8232-bukan-budaya-kita-1.15866
No comments:
Post a Comment